“Book Descriptions: Ramuan SUMBAT : 250 ml Dendam, jenama 'Silam' 150 gm Rahsia Hitam 50 gm Cinta, paket 'Terhalang' 3 sudu besar Air Mata ½ cawan Pengorbanan 5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis) 8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)
Cara : Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang. Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam hingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang selikan dengan ½ cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknik folding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum Senyuman. Voila!
_________________ Novelis : Faizal Sulaiman Muhamad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 1985 di Batu Pahat tetapi membesar sepenuhnya di Kota Tinggi, Johor. Mula menulis sejak zaman sekolah tetapi karyanya tak pernah tersiar di majalah sekolah. Mula merapu di SeindahDuniaKita.blogspot.com sejak 2008 dan berkicau tak henti di Twitter (@faizalsulaiman) sehingga kini. Meminati aktres Maya Karin, melancong dan mencuba makanan baru, ketiga-tiga elemen ini terhimpun dalam SUMBAT yang merupakan novel pertamanya.
Kulit, rekabentuk dan rekaletak : teckhee.blogspot.com Perunding : Nur Atiqah Jalaludin & Iqbal Abu Bakar
Cetakan Pertama : Disember 2012 Cetakan Kedua : Mac 2013 ~” DRIVE