Takkan Pernah Hilang
(By Emma Rusdi) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Emma Rusdi |
MAISARA - Dia tidak menyangka akan kehilangan cintanya pada saat dia mula mengimpi untuk hidup bersama Fariz. Hatinya sangat terluka saat Fariz menyatakan keinginan untuk menyunting kakaknya, Suhana, untuk menjadi isterinya. Luka di hati semakin bertambah apabila Suhana menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Fariz datang semula menagih cintanya. Namun, kehadiran Ilyana di sisi Fariz membuatkan kepercayaannya kepada lelaki itu semakin hilang. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih yang sudah tertumpah kepada Aiman, Maisara menerima Fariz semula tanpa menagih cinta daripada lelaki itu.
“Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun.”
“Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”
Lalu Maisara dan Fariz bersatu dalam ikatan ijab dan kabul. Bagi Maisara, segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana Aiman. Cintanya kepada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah hilang untuk Fariz. Namun, benarkah cinta itu pernah hilang daripada hati Maisara sedangkan tiada nama lain menghuni hatinya sesudah Fariz?”