“Book Descriptions: Demi ibu Nurul Jannah menurut. Dia sukakan udaranya yang lembap dan segar. Tiada bau pahit seperti di ibu kota. Namun, selama manakah dia boleh bertahan hanya dengan menyaksikan kehijauan dan menikmati kesegaran kualiti udara? Dia berharap menemui sesuatu yang memaut hatinya di daerah Belum-Temengor selain beruang madu, iaitu subjek kajian ibunya.
Bahaduri anak jati Belum-Temenggur. Rimba tempat bermainnya sejak kecil. Kini, rimbanya diancam pemburu haram asing. Kematian sahabat baiknya, Amai yang terjerat dengan kegiatan pemburu haram menghantui jiwanya.
Dan kedatangan seorang gadis dari kota merubah hidupnya.
______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2011 Pertama Deru Angin Hafizah Iszahanid Kedua Waris Pejuang Ruhaini Matdarin Ketiga Rimba Jiwa Sri Rahayu Mohd Yusop
Hiasan Latar Kulit : koleksi Azizan Zolkipli -” DRIVE