Adab Dan Peradaban: Karya Pengi'tirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas
(By Mohd Zaidi Ismail) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Mohd Zaidi Ismail |
Karya yang menghimpunkan pelbagai rencana ilmiah oleh 21 orang sarjana penyelidik dan ilmuwan ini dimulakan dengan Makalah 1 hingga 3 yang memberikan liputan menyeluruh terhadap sejarah dan sumbangan al-Attas termasuk, antara yang terpenting, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC). Makalah 4 hingga 8 pula mengusahakan pemerihalan dan huraian terhadap tema-tema utama Pemikiran al-Atttas -Ma'na Agama; Pandangan Alam; Akhlak dalam Kerangka Ketamadunan yang berasaskan Agama; Tasawwuf sebagai Metafizika Islam; dan Pendidikan sebagai Ta'dib- kesemuanya menjurus kepada penyediaan kerangka ilmiah untuk makalah-makalah berikutnya. Makalah 9 hingga 11 kemudiannya meninjau dan mengamati Cabaran dari Barat dan Kesannya kepada Umat Islam, diikuti dengan Makalah 12 hingga 14 yang membahaskan tema ilmu dan pendidikan, khasnya pada peringkat pengajian tinggi. Makalah 15 dan selanjutnya menjelaskan rencana Pemikiran al-Attas berhubung dengan aneka bidang ilmu dan tema ilmiah: sains dan falsafah sains; pengurusan dan pentadbiran; linguistik; kritikan sastera dan persuratan; sejarah dan pensejarahan; dan ekonomi.
Karya ini turut menampilkan semula 2 Khat Basmallah al-Attas yang unik bersekali dengan penjelasan beliau yang padat berma'na perihal kedua-duanya.”