“Book Descriptions: Barang-barang kesayangan Aizad dirampas ibunya. Bagi mendapatkan semula, Aizad perlu cemerlang dalam peperiksaan. Sejak itu, Aizad memaksa diri untuk belajar, tetapi keputusannya bertambah teruk. Tanpa disangka-sangka, takdir menemukan Aizad dengan Zahid, iaitu pelajar terbaik di sekolahnya. Selepas Aizad puas memujuk, akhirnya Zahid bersetuju mengajar Aizad. Sejak itu, Zahid banyak mendedahkan kepada Aizad, rahsia-rahsia menjadi pelajar cemerlang.
Hari demi hari, persahabatan Aizad dan Zahid kian utuh. Personaliti dan latar belakang mereka yang berbeza 180 darjah mencetuskan pelbagai kejadian lucu yang tidak disangka-sangka. Bayangkan apabila pelajar bermasalah yang gemar bertarung, bertemu dengan pelajar terbaik yang rajin dan pendiam. Kecoh jadinya!” DRIVE