BookShared
  • MEMBER AREA    
  • Badiuzzaman Said Nursi: Tokoh Pembaharu Islam

    (By Abdul Latip Talib)

    Book Cover Watermark PDF Icon Read Ebook
    ×
    Size 29 MB (29,088 KB)
    Format PDF
    Downloaded 696 times
    Last checked 16 Hour ago!
    Author Abdul Latip Talib
    “Book Descriptions: Memaparkan kisah hidup seorang tokoh dan pejuang Islam Turki dalam memelihara iman dan akidah umat Islam yang pada ketika itu menghadapi detik-detik kehancuran sejak berakhirnya zaman pemerintahan khalifah. Selepas Turki diisytiharkan sebuah negara Republik, suasana dan budayanya turut berubah sama sekali. Turki menjadi sebuah negara sekular dengan mengharamkan semua syiar Islam seperti menukarkan azan ke dalam bahasa Turki, mengharamkan tulisan Arab selain menyekat kegiatan dakwah.

    Dilahirkan di desa Nurs dari kalangan keluarga yang dihormati, Said Nursi mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau merupakan anak keempat. Beliau mendapat didikan agama yang secukupnya oleh kedua ibu bapanya, yang merupakan pasangan yang soleh dan solehah serta mempunyai keluasan ilmu agama yang tinggi. Seusai berumur sembilan tahun lagi, beliau sudah mempunyai keinginan yang tinggi dalam menuntut ilmu. Bersama-sama abangnya, Abdullah, mereka berdua merantau ke tempat yang terdapatnya madrasah pengajian demi mendalami ilmu agama.

    Said Nursi juga merupakan seorang pelajar yang pintar. Beliau dapat menghafal dan memahami isi kitab hanya dengan waktu yang singkat sahaja. Inilah kekuasaan Allah dalam mengurniakan anugerah kepada sesiapa hamba yang dikehendaki- Nya. Beliau diberi gelaran Badiuzzaman yang membawa maksud keunggulan zaman oleh gurunya yang bernama Syeikh Fathu'llah.

    Selain mendalami ilmu-ilmu agama berkaitan Al-Quran dan Hadis, beliau juga banyak mendalami ilmu sains seperti fizik, kimia, biologi, astronomi dan ilmu kaji bumi. Dengan menguasai cabang-cabang ilmu, Badiuzzaman Said Nursi dilantik menjadi guru. Beliau bertindak dengan menggabungkan ilmu agama dan ilmu sains moden. Baginya, ilmu sains dan ilmu agama tidak dapat dipisahkan.

    Tafsir Rasa'il al-Nur adalah merupakan karya agung beliau. Karya yang mendapat pengiktirafan daripada para ulama ini adalah tafsiran Al-Quran yang membincangkan ilmu hadis, falsafah, ilmu kalam dan tasawwuf.

    Selain diterjemahkan ke dalam beberapa jenis bahasa, risalah beliau juga pernah diharamkan edisi pengeluarannya kerana ditakuti mempengaruhi rakyat Turki ketika itu untuk bangkit menegakkan syiar Islam.

    Buku karya Abdul Latip Talib ini banyak mengupas kehidupan Badiuzzaman Said Nursi dan perjuangan beliau hingga ke akhir hayatnya. Selain mendapat sambutan hangat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, buku terbitan PTS Litera ini juga boleh didapati di Bookcafe PTS atau di mana-mana kedai buku terdekat.”

    Google Drive Logo DRIVE
    Book 1

    Sebarkan Cinta-Mu

    ★★★★★

    Fatimah Syarha Mohd. Noordin

    Book 1

    Letters to God

    ★★★★★

    Norhafsah Hamid

    Book 1

    Bayang Sofea

    ★★★★★

    Teme Abdullah

    Book 1

    Ayahku: Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    Pada Subuh yang Membawaku Pergi

    ★★★★★

    Yaya Samad

    Book 1

    Orang-orang Biasa

    ★★★★★

    Andrea Hirata

    Book 1

    Merantau ke Deli

    ★★★★★

    Hamka

    Book 1

    Jutawan Dari Planet Jupiter

    ★★★★★

    Azizi Ali

    Book 1

    Memoir Seorang Guru

    ★★★★★

    Azizi Abdullah

    Book 1

    Camelia Gabriel

    ★★★★★

    Ramlee Awang Murshid

    Book 1

    Carlos: Case Closed

    ★★★★★

    Ramlee Awang Murshid

    Book 1

    Dwilogi Padang Bulan

    ★★★★★

    Andrea Hirata

    Book 1

    Three Cups of Tea: One Man's Mission to Promote Peace ... One School at a Time

    ★★★★★

    Greg Mortenson

    Book 1

    Dear God

    ★★★★★

    Norhafsah Hamid

    Book 1

    Divine Blessings

    ★★★★★

    Norhafsah Hamid