“Book Descriptions: Identiti sebenar Puteru Zara terbongkar. Isu Zara dan Adam mendapat liputan media secara meluas. Zara menjadi topik utama. Dia tertekan kerana dibandingkan dengan Tengu Mira yang memang tampil hebat oleh majalah fesyen dan sebagainya. Zara diminita menghadiri program bual bicara yang mana, ada insiden memalukan berlaku.
"Apa yang sedang berlaku?" tanya Zara, dia menurunkan cermin kereta separuh. Perbualan berkenaan Mak Da terhenti begitu sahaja. Ada perkara lain yang menuntut fokusnya kala itu. Matanya menangkap pancaran kamera yang bertubi-tubi tanpa henti.
"Adakah kamu Puteri Zara?"
"Betulkah kamu kembar Putera Mahkota Adam?"
"Benarkah kamu puteri raja?"
Zara terlopong. Apa sebenarnya yang berlaku? Pasangan manakah yang akan mendapat gelaran Kembar Diraja?
Puteri Zara dan Putera Mahkota Adam ataupun Tengku Mira dan Tengku Muiz?” DRIVE