“Book Descriptions: Misi Kai, Rienna, Vishvak dan Frezay diteruskan dengan mencari relik patung gangsa dan kompas di Tamadun Huang He. Ketika sampai di satu perkampungan, orang kampung melarikan diri daripada mereka kerana disalah sangka sebagai orang suruhan Pembesar Meng yang amat zalim. Situasi tersebut membawa mereka berempat ke ibu kota wilayah.
Namun, mereka mendapati ada puak lain sedang merancang untuk membunuh pembesar itu. Justeru, Kai menyamar sebagai putera raja untuk menghentikan tragedi pertumpahan darah. Malapetaka tersebut berjaya diatasi, namun orang Mixzof mengambil kesempatan dengan menyerang Kai, Rienna, Vishvak dan Frezay semasa dalam perjalanan ke bandar Fu Yang dan ketika berada di dalam makam purba.
Mereka berempat diasak dan dihentam hebat oleh ketumbukan angkatan tentera Mixzof yang mahukan relik gangsa bagi melepaskan Segufus, iaitu binatang mitos yang dipenjara di bawah tanah. Mampukah mereka menggagalkan rancangan Mixzof seterusnya menyelesaikan misi yang diberikan bagi merebut peluang untuk mengembara ke Tamadun Yunani dan Rom pula?” DRIVE