“Book Descriptions: Selepas terlibat dalam kemalangan, Rin Sabella diuji dengan pelbagai dugaan termasuk kehilangan upaya fizikal dan kematian bapa tercinta. Dua minggu dia mengumpul semangat semula, namun satu demi satu konflik yang hadir cuba mematahkan benteng ketabahan yang sedia ada dalam dirinya.
Ateez merupakan kumpulan K-pop yang menjadi sumber kebahagiaan dan semangat Rin dalam usahanya untuk cuba hidup berdikari dan mencapai cita-citanya memasuki menara gading. Konflik dimarahi sang ibu dek minatnya terhadap Ateez, rakan karib yang semakin menjauh, serta dibuli penyelia di tempat kerja ditempuhi dengan cekal, berkat sokongan yang tidak pernah putus daripada adiknya, Rayyan. Lembaran pesan arwah ayahnya turut dijadikan pedoman.
Tatkala cabaran hidup yang datang bertali arus membuatkan dia jatuh ke lurah kesedihan yang gelap, bagaimana Rin bangkit semula? Siapakah yang membantu mengeluarkannya dari lurah kesedihan itu?” DRIVE