“Book Descriptions: Hero. Seorang perwira yang muncul dikota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam. Syaitan bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa dikota raya Angsana menjadi musuh utama Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam itu telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan Bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan menyelesaikannya. Ditengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri yang menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero makin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Amir Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan bapanya. Amir Faheem terperangkap kerana dia perokok tegar dan seorang yang tidak mendirikan solat! Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya?
Sumber : http://nadiahabdah.blogspot.com/2011/...” DRIVE