“Book Descriptions: NAGOGHO ASTANA adalah nama sebuah negara merdeka. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan yang termaju dalam dunia ketiga, Nagogho Astana mendepani pelbagai masalah dalam negaranya. Dalam saat Menteri Perdana bersama anggota kabinetnya memikirkan dan membincangkan masalah negara, rakyat pula menghadapi masalahnya tersendiri, yang seakan-akan terpisah daripada rencana dan masalah pemerintah. Atau masalah mereka sebagai natijah daripada pembangunan negara yang amat pesat dalam sektor industri dan teknologi tinggi. Rakyat dalam pelbagai lapisan struktur masyarakat negara Nagogho Astana, bermula dari petani, nelayan dan buruh, sehingga ke peringkat tokoh politik dan elit universiti, memikirkan masalah mereka tersendiri. Pemikiran dan masalah mereka berbeza-beza dan terpisah daripada masalah yang lain. Mereka semuanya warganegara dan berada dalam negara Nagogho Astana.
NAGOGHO ASTANA adalah sebuah novelcerpen. Ia menyorot pemikiran pemerintah keseluruhannya dalam genre sebuah novel dengan kehadiran watak-watak tertentu. Tetapi keseluruhan masalah dan pemikiran watak-watak itu terbentuk dalam bahagian tersendiri dan berasingan seolah-olah beberapa cerpen yang terpisah satu sama lain. Inilah novelcerpen yang pertama di Malaysia, yang menggabungkan struktur dan teknik penceritaan umum sebagai novel, tetapi dalam masa yang sama isi seluruhnya seperti beberapa buah cerpen yang terpisah. Watak-watak seluruhnya, dan pemikiran dan masalahnya, semuanya berlaku dalam sebuah negara bernama NOGOGHO ASTANA yang menjadi judul novelcerpen ini.” DRIVE