“Book Descriptions: HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN bukanlah sebuah cerita biasa kerana dalam kehalusan ceritanya tersirat berbagai erti tentang masyarakat dan pengalaman tokoh seniman dalam zamannya. Tokoh seniman tersebut adalah seorang penglipurlara yang hidup sebelum dan sewaktu Perang Dunia Kedua. Novel ini berkisar pada kehidupan Pak Hassan, seorang tukang cerita, yang menghadapi saat-saat hidup yang memilukan. Zaman yang berubah mengancam kedudukan dan peranan pentingnya kerana masyarakat tidak lagi meminati seni yang diwarisi, terutama generasi muda, akibat dari perubahan nilai dan kemajuan material. Perasaan dan harapan Pak Hassan menjadi bertambah pahit apabila kepandaiannya itu tidak dapat dipindahkan kepada satu-satunya anak lelakinya yang cacat akal sejak kecil.” DRIVE