Aku, Buku dan Cinta
(By عائض القرني) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | عائض القرني |
Sayangnya pada masa sekarang ini, masyarakat kita nampaknya lebih gemar sibuk mengurus hartanya daripada ilmu. Jangankan satu hari, satu jam pun rasanya berat bagi mereka untuk meluangkan waktu menuntut ilmu. Pada zaman sekarang, seseorang akan lebih dihormati ketika dia mempunyai banyak harta benda. Ini merupakan keadaan yang membuatkan muka kita berkerut sedih.
Masyarakat kita lebih gemar mempunyai koleksi barangan berjenama berbanding membeli dan menyimpan buku di rumah. Mereka juga sangat kedekut untuk mengeluarkan wang bagi membeli buku yang mengandungi ilmu. Padahal membaca itu boleh menjadikan mereka cerdik. Kita mudah meniru budaya negatif Barat seperti mengagungkan hiburan dan fesyen. Padahal budaya membaca yang dipelopori dunia Barat, langsung tidak kita endahkan. Bagaimana kita mahu menjadi bangsa yang maju jika kita sering ketinggalan di dalam semua bidang?.
Kita adalah umat IQRA' dan semestinya kita menjadi bangsa yang rajin membaca bagi meraih kejayaan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini. Buku in menceritakan kepada anda bagaimana kisah-kisah ilmuan dan tokoh muslim memperoleh kejayaan dan menghasilkan karya-karya agung lantaran mereka rajin membaca. Dengan membaca buku ini diharapkan anda lebih terdorong dan termotivasi untuk lebih banyak membaca.”