“Book Descriptions: Superstar! Best ke? Ada sesuatu yang perlu dikorbankan disebalik itu. Pertemuan selepas 9 tahun. Hanya ada mereka berdua di dalam dunia kecil itu. Hanya ada Sumaira dan Kenji.
"Hanya ada kita berdua jer. Fikirkan sebaiknya." – KENJI
Kehadiran Nili menyedarkan Kenji dan Sumaira akan sesuatu untuk menyinari dan melengkapi keluarga mereka. Demi kebahagiaan dunia kecil mereka. Demi kebahagiaan si papa. Dan, juga demi janji pada mommy Mell.
“Papa... get marry lah!" – SUMAIRA
"Suka tak bermakna kita perlu memilikinya.” – KENJI
Kenji cuba menafikan. Tetapi, hati tetap terusik dengan kehadiran Nili, si gangster kampung. Kerek! Kalut! Tapi, kelakar! Ada saja yang mencuit hati dia.
Nili sakit kepala dengan gelagat Kenji, si superstar antarabangsa. Gamaknya biol otak si Kenji mengejar dia tak sudah-sudah.
“Urusan kerja 9 pagi sehingga 6 petang saja Encik Kenji. Sekarang ini, masa saya nak berehat.” – NILI
Mana mungkin si superstar dan si gangster kampung boleh bergandingan! Kecoh jadinya! Tetapi... tetap terselit rasa bahagia.