“Book Descriptions:dia penghuni matang dunia mengarang kerjanya memerhati lalu-lalang dan membaca watak orang. watak bacaannya hidup dalam darahnya bagai ratusan patung wayang hidup subur di darah dalang
Pembaca Watak menghimpun 60 puisi terbaik T. Alias Taib sepanjang penulisan beliau. Naskhah ini merupakan jelmaan kepada kegigihan T. Alias dalam menekuni dan mentafsir pelbagai warna kehidupan yang berlegar di persekitarannya.
T. Alias Taib seorang perakam dengan mata ketiga, mata intuisi yang tajam – deria yang gemar meneroka dan menerka. Watak-watak di sekelilingnya ibarat silang kata yang sarat cerita dan curiga. Dengan kata dan metafora, beliau menjelmakan semula pengalaman dengan emosi dan puisi.” DRIVE